PEGAWAI OH PEGAWAI


PEGAWAI OH PEGAWAI…

 

SALAM SEJAHTERA, TERLEBIH DAHULU JUTAAN MAAF DI POHON  JIKA ARTIKEL INI MENYINGGUNG /MENGHIRIS/MENYENTUH PERASAAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERKENAAN, DAN KEPADA YANG TIDAK BERKENAAN MOGA DIJADIKAN IKTIBAR DAN TAULADAN SERTA PENGAJARAN……KERANA KITA INI  HANYALAH INSAN, HAMBA ALLAH, DAN KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI, PASTI TIDAK LARI DARI KESILAPAN DAN KESALAHAN…..

 

INI ADALAH KISAH BENAR DI DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN MALAYSIA, KISAH YANG BAKAL DI RUNGKAI INI BERLAKU DI SEMUA SEKTOR PERKHIDMATAN KERAJAAN SAMADA KERAJAAN NEGERI ATAU PERSEKUTUAN….BUKAN SALAH KERAJAAN TETAPI NAKHODA DAN ANAK KAPAL YANG MENGEMUDI KAPAL YANG BERGELAR “KERAJAAN”.

 

KISAH INI BERKISAR KEPADA INDIVIDU YANG MENYANDANG JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB, PERIHAL KUASA PADA JAWATAN YANG DISANDANG, PERIHAL TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH SERTA PERIHAL SIFAT KEMANUSIAAN….

 

 

KISAH PERTAMA: JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB…..

FIRAUN??? SIAPA YANG TIDAK MENGENALI INSAN INI? KISAH INI TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN DAN INJIL….FIRAUN YANG HIDUP DIZAMAN NABI MUSA A.S, TERKENAL DENGAN KEKEJAMAN DAN KEZALIMANNYA  TERHADAP MUSA A.S  DAN  KAUMNYA BANI ISRAEL….FIIRAUN MENGAKU DIRINYA TUHAN YANG MAHA TINGGI..(SUNGGUH BONGKAK & SOMBONG)….FIRAUN TELAH DIBINASA OLEH ALLAH S.W.T   DI DALAM LAUTAN MERAH YANG MENENGGELAMKANNYA BERSAMA-SAMA DENGAN KEBONGKAKAN DAN KESOMBONGANNYA…..FIRAUN SUDAH TIADA, KEMATIANNYA MENJADI SEJARAH DAN TAULADAN KEPADA MANUSIA SEPANJANG ZAMAN…..

 

BENAR…!!! FIRAUN SUDAH TIADA…!!! TETAPI SIFAT DAN PERWATAKANNYA TELAH DIWARISI OLEH MANUSIA YANG HILANG PEDOMAN DAN ARAH TUJUNYA…….

 

JAWATAN DI SANDANG..SAMADA  DARI GRED ATASAN HINGGA BAWAHAN…JIKA TIDAK DIKAWAL OLEH TUAN PUNYA BADAN MAKA BINASALAH PEMAKAI JAWATAN YANG DISANDANG INI. BUKAN SALAH JAWATAN TETAPI PEMAKAINYA ATAU TUAN PUNYA BADAN YANG MEMAKAI BAJU BERJAWATAN INI…..

 

ANGGAPAN ATAU MERASA DIRI ” HEBAT, SEMPURNA, BERKUASA, KEBAL, BERPENGARUH, PANDANGANNYA SAHAJA YANG BETUL, WAJIB DIPUJI OLEH ORANG BAWAHAN, WAJIB DIBERI LAYANAN ISTIMEWA, TIADA PERASAAN MENGHORMATI SESAMA MANUSIA, BERKAWAN ATAU BERGAUL HANYA DENGAN YANG SETARAF SAHAJA ” INI ADALAH  DIANTARA VIRUS YANG AKAN MEMBINASAKAN DIRINYA MALAH ORANG BAWAHANNYA….MAKA AKAN BERLAKU SALAH TAFSIR PADA  TANGGUNGJAWAB YANG DI AMANAHKAN KEPADANYA….BILA DISALAH TAFSIR MAKA AKAN BERLAKU SALAH GUNA KUASA…BILA SALAH GUNA KUASA MAKA AKAN HILANGLAH KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN…BILA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MAKA HILANGLAH SIFAT-SIFAT KEMANUSIAAN…MAKA SETIAP KEPUTUSAN YANG DIBUAT AKAN MENGIKUT HAWA NAFSU, DENDAM, BUKANNYA AKAL YANG  WARAS…

 

KEADAAN INI BERLAKU KEPADA  SALAH SEORANG BEKAS  KAKITANGAN KERAJAAN…TIDAK PERLU TAHU “ SIAPA”ATAU APA  “JABATAN” …….

 

BELIAU TELAH BEKERJA SELAMA 10 TAHUN DI SALAH SEBUAH SEKTOR KERAJAAN…BERUMUR LEBIH KURANG 45 TAHUN….SEPANJANG TEMPOH  PERKHIDMATANNYA BELIAU TELAH MEMBERI TUMPUAN DAN PERHATIAN KEPADA SETIAP TUGASAN YANG DIBERIKAN. BELIAU BERJAWATAN GRED ………17 MEMPUNYAI SEORANG ISTERI DAN 4 ORANG CAHAYA MATA.

 

PADA SUATU HARI, BELIAU TELAH MENERIMA SEPUCUK SURAT DARI  KETUA JABATANNYA….BELIAU TELAH DI TAMATKAN PERKHIDMATAN/DIPECAT KERANA TELAH MELANGGAR PERATURAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM. TINDAKAN YANG DIKENAKAN BERTEPATAN DENGAN LEMBAGA TATATERTIB. APAKAH KESALAHANNYA TIDAK PERLU DISEBUTKAN DISINI….

 

ISU DISINI BUKANLAH BERKENAAN TINDAKAN TATERTIB YANG DIKENAKAN…..TETAPI BERKENAAN  KEPUTUSAN PEGAWAI ATASANNYA ADAKAH BETUL ???SECARA UMUM KESALAHAN YANG DILAKUKAN BELIAU, PERNAH DAN MASIH DILAKUKAN OLEH PENJAWAT AWAM YANG LAIN. YANG MENGHAIRANKAN, PEGAWAI ATASANNYA HANYA FOKUS DAN MEMANTAU BELIAU SEORANG SAHAJA. PADAHAL PERBUATAN YANG DIKATAKAN MELANGGAR PERATURAN PENJAWAT AWAM INI DILAKUKAN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI YANG LAIN. HAMPIR LEBIH DARIPADA 10 ORANG PEGAWAI YANG MELAKUKANNYA…TETAPI HANYA BELIAU YANG MENJADI TUMPUAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN…TANPA PERBINCANGAN TERLEBIH DAHULU, TERUS DIPECAT. SYABAS!!!

 

ADAKAH BELIAU MEMPUNYAI PERMUSUHAN / MASALAH PERIBADI DENGAN PEGAWAI ATASANNYA??? ATAU PEGAWAI ATASANNYA GILA KUASA??? ATAU ADA SEBAB/MASALAH YANG LAIN YANG MELIBATKAN PEGAWAI ATASANNYA??? ADAKAH MASALAH-MASALAH INI  MEMBOLEHKAN PEGAWAI ATASANNYA MEMECAT BELIAU TANPA MENGAMBIL KIRA PERTIMBANGAN YANG LAIN??? JIKA BENAR…MAKA BENARLAH PEGAWAI ATASAN INI KEBAL, MERASA DIRI ” HEBAT, SEMPURNA, BERKUASA,  BERPENGARUH, PANDANGANNYA SAHAJA YANG BETUL, WAJIB DIPUJI OLEH ORANG BAWAHAN, WAJIB DIBERI LAYANAN ISTIMEWA, TIADA PERASAAN MENGHORMATI SESAMA MANUSIA, BERKAWAN ATAU BERGAUL HANYA DENGAN YANG SETARAF SAHAJA……………..

 

 

SELEPAS DIPECAT….BELIAU TERPAKSA MENCARI KEPERLUAN REZEKI YANG LAIN BAGI MENERUSKAN  SISA HIDUP BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA…BERITA TERKINI, KEHIDUPAN BELIAU MENJADI SEMPIT, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG… ADAKAH KITA MENJADI SALAH SEORANG PENYUMBANG KEPADA MASALAH YANG DIHADAPI OLEH BELIAU??? FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN LAHHHH….!!!

 

This entry was posted in KOLEKSI PELBAGAI KISAH and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s