ZAKAR PENDEK?


Sukar mencari lelaki yang mengakui pada dirinya sendiri bahawa zakarnya sudah cukup panjang dan besar. Namun tidak ramai lelaki yang sanggup berjumpa doktor untuk mengadu betapa pendek atau kecil saiz zakarnya. Satu kajian yang telah dilakukan oleh Shamloul R dari Department of Andrology and Sexology, Cairo University Hospital, Cairo, Egypt terhadap 92 lelaki yang mengadu bahawa zakar mereka kecil. Semua lelaki tersebut telah diukur saiz zakar mereka, dan telah dimaklumkan bahawa jika saiz zakar mereka ketika lembik dan ditarik adalah 4 sm (1.57 inci) dan 7 sm (2.76 inci) atau lebih, maka ia dianggap saiz normal. Kajian mendapati bahawa tidak seorang pun dari lelaki tersebut benar-benar berzakar kecil. Ini boleh menjadi petunjuk bahawa ramai lelaki menganggap bahawa zakar mereka lebih kecil dari saiz normal zakar lelaki lain.

 

NORMAL DISANGKA PENDEK

Dr David Delvin pakar perancang keluarga dan Christine Webber pakar psikoterapi mendapati ramai lelaki mengharapkan agar zakar mereka jadi lebih besar dan panjang. E-mel berisi aduan zakar (disangka) pendek sentiasa diterima oleh pakar-pakar ini. Pihak-pihak yang menyedari fenomena ini telah mengambil kesempatan untuk jadi kaya dengan menjual berbagai produk untuk membesarkan dan memanjangkan zakar. Sebenarnya, selain dari pembedahan, hampir tidak ada cara lain yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah zakar kecil.

Sebenarnya, setiap lelaki dan wanita perlu berhati-hati apabila memberi komen terhadap saiz zakar seseorang lelaki. Pakar-pakar telah menemui kes-kes dimana seseorang lelaki menjadi mati pucuk setelah orang lain memberi komen yang tidak beralas bahawa zakarnya kecil. Namun kajian pakar mendapati lelaki berkaitan mempunyai saiz zakar yang sempurna normal. Masalahnya ialah mereka menganggap (dan percaya) bahawa zakar mereka amat kecil berbanding zakar lelaki lain.

 

NAMPAK SAJA PENDEK

Menurut pakar, punca mengapa lelaki menganggap zakarnya kecil ialah kerana mereka melihat zakar mereka dari sudut yang menjadikannya kelihatan pendek. Sudut (angle) dari mana anda melihat zakar (dari atas ke bawah) hampir pasti menjadikan zakar anda nampak lebih pendek dari saiznya yang sebenar. Tapi bila anda melihat zakar orang lain, kesan pendek itu tidak berlaku, dan hampir pasti anda akan menganggap lelaki tersebut punya zakar yang lebih panjang dan besar berbanding anda. Sekiranya seseorang lelaki membanding-bandingkan mengikut cara ini, ia akan dengan mudah menjadikan lelaki itu merasa kurang sempurna dari segi saiz zakar. Dari sudut Islam, perbuatan melihat zakar orang lain adalah berdosa, dan pengharaman ini sebenarnya mempunyai rahsia dari sudut kesihatan mental atau psikologi lelaki.

 

SAIZ YANG NORMAL KETIKA LEMBIK

Zakar berukuran normal ketika lembik ialah 8.5 sm (3 inci) dan 10.5 sm (4 inci) dari hujung zakar ke pangkal zakar. Ukuran purata zakar lembik ialah 9.5 sm (3.75 inci). Tapi pengukuran-pengukuran ini tidak ada maknanya. Banyak faktor yang boleh menyebabkan zakar mengecut 2 inci atau lebih secara sementara, contohnya di waktu cuaca sejuk atau bila berenang.

 

Tidak dapat dinafikan ada lelaki yang punya zakar besar dan ada pula yang punya senjata yang ‘cotet’. Sama juga dengan keadaan ada lelaki punya kaki besar, ada yang kakinya kecil. Tapi ukuran zakar tidak sekali-kali ada kaitan dengan kegagahan seseorang lelaki. Ramai juga lelaki beranggapan bahawa lelaki yang tinggi punya zakar yang besar tapi ini tidak benar. Pengkaji terkenal Masters and Johnson telah mengukur zakar 300 lelaki. Ukuran paling panjang ialah 14 sm (5.5 inci) ketika lembik dan ia dimiliki oleh seorang lelaki kurus yang punya ketinggian 5 kaki 7 inci (170 sm). Zakar paling pendek dimiliki oleh seorang lelaki yang agak sasa, ketinggiannya 5 kaki 11 inci (180 sm) dan zakarnya ketika lembik ialah 6 sm (2.25 inci). Perlu juga dicatat bahawa tidak ada kaitan antara saiz zakar dan bangsa (race).

 

SAIZ YANG NORMAL KETIKA KERAS

Walaupun terdapat perbezaan saiz zakar ketika ia lembik, adalah menarik untuk diketahui bahawa kebanyakan zakar punya saiz yang hampir serupa bila ia mengeras. Lelaki yang punya zakar kecil bila lembik akan mencapai 100% peningkatan saiz (naik 2 kali ganda) bila mengeras, dan lelaki yang punya zakar besar bila lembik akan mengalami sekitar 75% peningkatan saiz. Ini bermakna cukup banyak zakar yang punya saiz 15 sm (6 inci) dan 18 sm (7 inci) bila mengeras, dan purata kepanjangannya ialah 16.5 sm (6.5 inci). Kesimpulannya, kini anda tahu bahawa walaupun seseorang lelaki itu ‘berzakar kecil’, sebenarnya dia punya faktor nilai-tambah dalaman yang akan menjadikan zakarnya serupa saiz (bila mengeras) berbanding lelaki ‘berzakar besar’.

 

WANITA DAN ZAKAR BESAR

Hampir setiap lelaki lupa pada fakta bahawa sama ada zakar anda besar atau kecil, ia tidak penting bagi faraj sebab faraj boleh menyesuaikan dirinya dengan apa juga saiz zakar. Faraj gadis atau isteri yang belum punya anak hanyalah sedalam 7.5 sm (3 inci) bila dia tidak berada dalam keadaan ghairah. Jika wanita itu sudah punya anak, saiznya berbeza sedikit. Walaupun seorang wanita sudah ghairah sepenuhnya, kedalaman farajnya akan meningkat hingga sekadar 10 sm (4 inci). Maksudnya, apa saja saiz zakar mampu memenuhi ruang faraj ini keseluruhannya, melainkan anda adalah lelaki istimewa yang punya zakar kurang 4 inci bila mengeras. Sekarang mungkin anda terfikir bagaimanakah keadaannya lelaki yang punya zakar sepanjang 6 inci mahu memasukkan zakarnya ke dalam faraj? Sebagaimana sudah dicatat, faraj mempunyai kebolehan luarbiasa untuk memanjang dan menyesuaikan diri dengan kepanjangan zakar. Tapi bagaimanakah keadaan lelaki yang punya zakar 8 inci? Dia juga masih boleh menjimak wanita dengan syarat dia lakukan istimta’ dengan sempurna dan kemudian memasukkan zakarnya dengan perlahan-lahan. Jika dia melakukan sedemikian, maka saluran faraj akan memanjang sekitar 150% ke 200% untuk menerima zakar sepanjang itu. Inilah tanda kekuasaan Allah, dan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita, walaupun ia dianggap ‘pendek dan kecil’.

This entry was posted in INFO and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s